BANTUANYAWASYuran Taska

Bantuan Yuran Taska RM100 ~ Semak Kelayakan

Bantuan Yuran Taska adalah merupakan insiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri kepada keluarga yang memerlukan. Ini adalah salah satu sumbangan yang diberikan kepada rakyat terutama golongan sasar yang mempunyai tanggungan anak yang kemasukkan taska.

INISIATIF KHAS

Untuk sedia maklum, program ini dikenali sebagai Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar. Menerusi skim bantuan ini bertujuan membantu ibu bapa bagi membayaran yuran taska anak RM 100 sebulan.

Terutama golongan b40 dan miskin amat disarankan mendapatkan bantuan ini bagi membantu meringankan beban. Bantuan ini telah disediakan oleh kerajaan negeri Selangor.

SYARAT KELAYAKAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas ini seperti berikut:

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah RM 5,000 dan kebawah
  • Ibu bapa yang bekerja
  • Anak masuki taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor
  • Bukan lahir di negeri Selangor telah menetap melebihi 5 tahun di negeri ini
  • Ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di selangor.

Sekiranya anda atau mempunyai kenalan yang menepati syarat kelayakan, semakan permohonan boleh dibuat. Sila layari portal rasmi YAWAS – DI SINI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas Yayasan Warisan Anak Selangor di 03-5481 8800.

INFO LANJUT

Selain daripada inisiatif bantuan yuran taska ini, terdapat pelbagai jenis kemudahan dan insentif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button