BANTUANBKM

Kadar & Jadual Bayaran BKM Fasa Ketiga Kategori Isi Rumah ~ September

Bagi pengetahuan umum, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima maluman khas mengenai jadual pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 yang mana akan diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun masing-masing bermula pada bulan september 2022.

Untuk pembayaran kali ini iaitu fasa 3 akan melibatkan semua kategori penerima yang layak seperti kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Di halaman kali ini, kami akan kongsikan maklumat penting dan ringkas untuk anda ketahui berkenaan jadual dan jumlah pembayaran BKM fasa 3.

JADUAL BAYARAN BKM MENGIKUT FASA TAHUN 2022

FASA 1

Pembayaran secara berperingkat ke akaun masing-masing bermula 28 Mac 2022 hingga 30 Mac 2022 termasuk bayaran secara tunai di cawangan BSN.

FASA 2

Pembayaran secara berperingkat bermula 27 Jun 2022 dan secara tunai di cawangan BSN

FASA 3

Pembayaran secara berperingkat bermula September 2022 dan secara tunai di cawangan BSN

FASA 4

Pembayaran akan disalurkan pada bulan Disember 2022 secara berperingkat.

SILA SEMAK STATUS BAYARAN BKM FASA 3 ANDA

Disarankan untuk anda semak status BKM anda supaya dapat mengetahui jumlah yang akan akan terima pada fasa kali ini, panduan semak telah disediakan seperti berikut.

  1. Sila log masuk akaun BKM – DI SINI
  2. Klik pada bahagian Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan dipaparkan pada skrin anda
  4. Tekan pada bahagian maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran yang anda akan terima.

NOTIS DARI PIHAK LHDNM

Untuk makluman umum, pihak LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia secara bergerak menerusi pegawai BKK, LHDNM yang hadir kerumah pemohon.

Pihak LHDNM juga menafikan bahawa membuat penggilan keluar menggunakan talian khas hotline 1-800-88-2747.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda terlepas pandang, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan khususnya berbentuk tunai pada tahun 2022 kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button