BANTUANBINGKASeWalletKehidupan Sejahtera

Rasmi : Bantuan eWallet RM300 Khas Untuk Kumpulan B40

Rasmi : Bantuan eWallet RM300 sebulan ditawarkan khas untuk kumpulan B40 iaitu pendapatan dibawah RM3,000. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa ini adalah merupakan sebahagian bantuan yang disediakan secara bulanan.

RASMI : BANTUAN EWALLET RM300 (BULANAN)

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Menerusi program khas ini, mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat setiap bulan.

Kerajaan menyasarkan sekitar 30,000 keluarga akan dapat manfaat daripada bantuan khas ini pada kadar RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Perlaksanaan insentif tambahan ini dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi membantu meringankan beban golongan B40.

Untuk makluman, insentif bantuan kehidupan sejahtera ini bukan diberikan secara tunai. Pemberian bantuan khas ini disalurkan secara kredit eWallet dan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.

Program ini juga diperluaskan dan menambah baik daripada program kasih ibu smart selangor (KISS) dan ibu tunggal (KISS IT). Dengan adanya bantuan seperti ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan memerlukan pada tahun ini.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan bagi mendapatkan manfaat daripada program bantuan istimewa RM300 ini seperti dibawah :

  • Untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Kumpulan B40 dan miskin
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau sudah menetap di negeri Selangor melebihi (10 tahun).

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300

Kepada mereka yang berkelayakan dan kurang berkemampuan, permohonan masih dibuka dan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, individu disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan. Anda juga boleh mendapatkan butiran lebih terperinci berkenaan bantuan ini dengan muat turun aplikasi ‘Selangkah’ di app store.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button