FSA2KWSPPengeluaran Khas

Panduan Lengkap Pengeluaran KWSP FSA2 2023

Panduan lengkap pengeluaran KWSP melalui FSA2 iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang dibenarkan kepada para ahli / pencarum KWSP tahun ini. Untuk makluman, pihak kerajaan telah membenarkan kemudahan pembiayaan pengeluaran yang boleh dilakukan sekiranya menepati kelayakan.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 KWSP

Kepada yang masih kurang faham, fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) KWSP adalah merupakan sebuah program pembiayaan pengeluaran yang mula dilaksanakan pada bulan April 2023. Melalui FSA2 KWSP ini, membolehkan para pencarum membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun.

Tujuan utama kemudahan ini adalah bagi membantu ahli KWSP untuk mendapatkan pembiayaan pengeluaran untuk tujuan peribadi daripada institusi perbankan yang terlibat.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ahli KWSP
  • Pemohon / ahli KWSP yang masih belum mencapai umur matang (55 tahun)
  • Mempunyai minimum baki simpanan akaun 2 berjumlah RM3,000
  • Permohonan hanya dibenarkan hanya sekali sahaja
  • Permohonan pengeluaran FSA2 KWSP tidak boleh dibatalkan
  • Tarikh permohonan dibuka bermula 7 April 2023 (tempoh permohonan selama setahun)
  • Mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan

KADAR PEMBIAYAAN PENGELUARAN FSA2

Untuk pengetahuan umum, kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran wang melalui pembiayaan FSA2 KWSP kadar yang dibenarkan adalah seperti di bawah :

  • RM3,000 adalah amaun minimum dibenarkan
  • RM50,000 adalah amaun maksimum yang dibenarkan

Nota : Jumlah pengeluaran berdasarkan pada baki simpanan akaun 2 KWSP pemohon.

TARIKH PERMOHONAN FSA2

Permohonan pembiayaan pengeluaran KWSP melalui FSA2 telah mula dibuka, tarikh seperti di bawah :

  • MBSB : Bermula 07 April 2023
  • BSN : Bermula 14 April 2023

Kepada ahli KWSP yang berminat atau berniat untuk membuat pengeluaran melalui FSA2 KWSP, sila semak teliti panduan lengkap pengeluaran KWSP FSA2. Kerana tempoh permohonan dibuka sepanjang tahun ini.

PANDUAN LENGKAP PENGELUARAN KWSP FSA2 (PERMOHONAN)

Bagi mana-mana individu yang ingin membuat pengeluaran, panduan lengkap pengeluaran KWSP bersyarat ini telah disediakan. Sila layari portal rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button