Bajet 2023BANTUANKerajaanMySalam
Trending

Penerima BKM layak dapatkan bantuan kewangan RM 8,000 secara ‘one-off’ sekiranya menepati syarat

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya  bantuan berbentuk kewangan pada tahun ini bagi membantu mereka yang memerlukan dan bekeperluan. Baru-baru ini pada 7 Oktober 2022, Menteri kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat Kuala Lumpur.

Salah satu skim bantuan kewangan yang diteruskan pada tahun 2023 adalah Skim bantuan Mysalam. Ramai yang terlepas pandang berkenaan program mysalam ini, banyak manfaat yang boleh didapatkan oleh rakyat terutama golongan B40 kerana ianya diberikan secara percuma.

Pakej bantuan yang adalah skim yang dikenali sebagai program perlindungan masyarakat MySalam yang melibatkan kadar jumlah bantuan sebanyak RM8,000 secara sekali bayar ( One-off ). Dibawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan skim bantuan perlindungan masyarakat MySalam untuk rujukan umum.

Syarat Kelayakan Bantuan

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Individu yang berumur 18-65 tahun pada tahun ini
  • Golongan bujang yang berumur 40-65 tahun yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM24,000
  • Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 18- 65 tahun dan mempunyai pendapatan dibawah RM24,000 setahun
  • Penerima skim MySalam adalah merupakan golongan yang menerima bayaran insentif khas kerajaan seperti program bantuan rakyat 1Malaysia, Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Sara Hidup dan yang terbaru Bantuan Keluarga Malaysia
  • Bagi kelayakan skim MySalam akan dimaklumkan secara berperingkat melalui khidmat kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang telah dikemaskini untuk program yang dinyatakan diatas.

Bantuan RM 8,000 Secara ( One-Off )

Insentif sebnayak RM8,000 melalui skim MySalam ini diberikan sebagai bantuan kewangan kepada golongan yang layak apabila terdapat salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Senarai Penyakit kritikal boleh rujuk –DI SINI

Cara Membuat Tuntutan 

Jika anda menepati syarat kelayakan tersedia yang telah ditetapkan, anda boleh membuat tuntutan skim MySalam. Panduan telah disediakan seperti berikut :

  1. Langkah pertama, sila layari laman rasmi MySalam –DI SINI
  2. Sila LOG MASUK account dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui khidmat SMS ( atau kata laluan yang telah anda tetapkan )
  3. Kemudian tekan muat turun borang dan muat turun borang ( penyakit yang kritikal ) kenyataan doktor berdasarkan penyakit kritikal tersebut. (Rujuk portal rasmi mysalam)
  4. Sila dapatkan doktor pakar yang merawat untuk melengkapkan borang penyakit kritikal ( kenyataan doktor )
  5. Sila LOG MASUK laman rasmi MySalam dan tekan ikon (tuntutan), kemudian ikon penghantaran tuntutan
  6. Sila masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dab tekan butang untuk memuat naik borang berikut dalam format PDF atau JPEG
  7. Terakhir tekan butang hantar untuk melengkapkan proses tuntutan skim MySalam

Sekiranya anda ingin membuat semakan atau mengetahui maklumat lebih terperinci berkenaan skim MySalam, sila rujuk –DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button