KWSP

Pengeluaran KWSP Sebahagian Yang Dibenarkan

Tahun 2022, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahlinya lebih-lebih lagi melibatkan pengeluaran kewangan. Untuk makluman, terdapat pelbagai jenis pengeluaran khas KWSP yang dibenarkan dibuat selagi mengikuti syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Kepada yang terlepas pandang, anda sebenarnya boleh membuat pengeluaran secara sebahagian mealui i-Akaun untuk tujuan peribadi tersedia.

Kategori Syarat Pengeluaran Wang KWSP Sebahagian yang dibenarkan

 

Pengeluaran untuk Membina / membeli rumah

  • Pemohon wajib merupakan warganegara Malaysia
  • Berusia dibawah 50 tahun
  • Individu / pasangan yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri
  • Ahli belum pernah membuat pengeluaran kwsp untuk rumah – rumah pertama
  • Ahli wajib mempunyai simpanan sekurangnya RM 500 di dalam akaun 2

Pengeluaran Umur 55 tahun

Pengeluaran untuk rawatan kesihatan

  • Pemohon merupakan Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).

Pengeluaran untuk menyelesaikan baki rumah

  • Ahli merupakan Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Di bawah umur 55 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
  • Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
  • Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.
  • Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.

Pengeluaran untuk pendidikan

  • Ahli merupakan Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
  • Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).

Pengeluaran simpanan melebihi 1 juta

  • Ahli merupakan Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta di dalam KWSP.

Pengeluaran ibadah haji

  • Ahli Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
  • Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
  • Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.

Pengeluaran untuk bayaran ansuran rumah

  • Ahli merupakan Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
  • Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.

Permohonan Pengeluaran KWSP

Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran wang anda, sila log masuk portal rasmi i-akaun KWSP – DI SINI. Arahan permohonan telah disediakan sehingga permohonan selesai. Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan pengeluaran, sila hubungi talian khas KWSP di dibawah.

  • Telefon: 03-8922 6000
  • Faks: 03-8922 6222

Untuk semakan kemudahan atau bantuan khususnya melibatkan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan, anda boleh rujuk di laman utama – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button