KWSPPengeluaran Penuh

5 Pengeluaran KWSP Penuh Yang Dibenarkan

5 pengeluaran KWSP penuh yang dibenarkan pada tahun ini kepada pencarum / ahli yang menepati syarat yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan pengeluaran penuh wang simpanan bagi ahli yang berkelayakan.

SYARAT 5 PENGELUARAN KWSP PENUH

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan dan KWSP tidak meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 dan bersasar pada tahun ini. Namun terdapat 5 jenis pengeluaran KWSP penuh yang boleh dilakukan oleh ahli sekiranya berkelayakan.

Pada waktu pendemik melanda negara, pihak kerajaan telah meluluskan pengeluaran khas KWSP seperti i-citra, i-sinar, i-lestari dan pengeluaran khas sehingga RM10,000 secara one-off. Oleh itu pihak kerajaan tidak dapat membenarkan pengeluaran khas sekali lagi atas faktor duit simpanan pencarum terutama golongan sasar akan berkurangan.

Orang ramai perlu ingat, tujuan utama caruman KWSP ini untuk simpanan masa depan atau hari tua. Sekiranya pencarum mengeluarankan semua simpanan yang ada, pada masa akan datang memberi kesan yang buruk terhadap simpanan.

Namun terdapat 5 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini selagi mengikuti syarat yang telah ditetapkan. Senarai kemudahan pengeluaran KWSP penuh telah disediakan di halaman bawah.

MENINGGALKAN NEGARA

Kepada ahli KWSP yang melucutkan taraf kewarganegaraan, anda berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan keseluruhan baki simpanan KWSP.

AHLI MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Bagi pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun, pengeluaran penuh KWSP dibenarkan serta merta. Sekiranya ahli pilih untuk meneruskan pekerjaan selepas melepasi tempoh matang, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan de dalam akaun emas dan boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun.

PESARA PILIHAN & PEKERJA BERPENCEN

Pekerja sektor awam hanya boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun selepas diberikan taraf pekerja berpencen. Apa yang boleh dikeluarkan adalah baki simpanan KWSP setelah pengembalian syer kerajaan.

KEMATIAN

Untuk ahli KWSP yang ditimpa musibah (kematian) pengeluaran penuh diboleh dilakukan oleh wakil (waris). Pihak KWSP amat sarankan para pencarum membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

HILANG UPAYA

Jika ahli kehilangan upaya, mereka boleh membuat pengeluaran penuh dengan syarat mempunyai surat yang sah dari pegawai perubatan. Kategori ini juga layak menerima insentif RM5,000 sebagai bantuan orang kurang upaya (OKU).

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda merupakan ahli KWSP yang berkelayakan dan ingin membuat pengeluaran penuh, panduan permohonan telah disediakan. Sila layari portal rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada kemudahan pengeluaran KWSP penuh ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama yang memerlukan. Bagi yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button