BANTUANBKMFasa 4

Pembayaran BKM Fasa 4 Untuk Tiada Akaun Bank Mulai Hari Ini

Pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan percepat pembayaran BKM Fasa 4 bermula 15 November 2022. Hal ini telah memberikan berita gembira kepada mejoriti penerima Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun ini.

Selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberitahu tujuan utama perlaksanaan pembayaran BKM Fasa 4 ini diawalkan pada bulan November. Ia sepatutnya disalurkan pada disember, hal ini disebabkan persediaan bagi bakal menghadapi Monsun Timur Laut yang bakal tiba.

BKM FASA 4 UNTUK TIADA AKAUN BANK

Bagi kategori penerima BKM yang tiada akaun bank, kini anda sudah boleh mendapatkan bayaran BKM Fasa empat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran kali ini sama seperti fasa sebelum, anda hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan memerlukan cap jari untuk semakan jumlah bayaran.

PEMBAYARAN BKM UNTUK KALI TERAKHIR

Untuk pengetahuan, ini adalah pembayaran Bantuan BKM untuk terakhir kali pada tahun 2022. Semua golongan tidak terkecuali mendapatkan bantuan ini terutama kepada golongan B40 dan miskin tegar.

Jumlah bantuan yang membabitkan sehingga maksimum RM 2,500 ini dapat memberikan sedikit sebanyak mengurangkan beban Keluarga Malaysia pada tahun ini. Bayaran BKM pada tahun ini telah disalurkan pada bulan Mac, Jun, September dan November 2022.

Lebih menggembirakan bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2023 dan diharapkan kadar bantuan dapat dinakkan pada tahun hadapan. Segala maklumat berkenaan BKM 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN PEMBAYARAN BKM FASA 4

Untuk semakan status pembayaran BKM Fasa 4, anda boleh semak secara atas talian bermula 15 November 2022. Dibawah telah disediakan panduan seperti berikut:

  1. Sila layari Portal rasmi BKM – https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Kemudian masukkan ID pengguna serta kata laluan yang telah anda daftarkan
  3. Tekan butang “Semakan Status”
  4. Paparan status kelayakan akan dipaparkan
  5. Tekan butang maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran terbaru.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi yang terlepas pandang, selain BKM terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Untuk sebarang semakan senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button