BANTUANe-DompetJKMKerajaan

Senarai Bantuan Bulan Jun 2023 ~ Semak Segera

Senarai bantuan bulan Jun 2023 dalam bentuk kewangan yang akan diberikan secara berperingkat kepada mereka yang berkelayakan. Untuk makluman, terdapat beberapa bantuan khas yang akan dilancarkan dan boleh dimohon sekiranya menepati kelayakan.

SENARAI BANTUAN BULAN JUN 2023

Di halaman kali ini dikongsikan berkenaan senarai bantuan bulan Jun yang akan diberikan kepada mereka yang layak menerima. Pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40.

Pada bulan Jun ini, terdapat inisiatif baru yang dilancarkan dan ada juga bantuan bulanan yang masih dibuka permohonan kepada mereka yang terjejas. Senarai bantuan bulan Jun yang boleh didapatkan sekiranya berkelayakan telah disediakan di bawah.

BANTUAN E-DOMPET 

Untuk sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan e-dompet akan diawalkan. Bantuan khas ini akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak.

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 dalam bentuk ewallet. Apa yang menarik, insentif khas ini akan diperluaskan kepadad golongan mahasiswa tanpa mengira had umur kelayakan.

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan ini, untuk makluman pihak JKM telah menyediakan skim bantuan kebajikan yang meliputi pelbagai jenis kategori bantuan yang ditawarkan seperti berikut :

  • Bantuan kanak-kanak : Sehingga RM1,000 sebulan
  • Bantuan Warga Emas : RM500 sebulan
  • Bantuan anak pelihara : RM250 -RM500 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan : RM100 – RM350 sebulan
  • Bantuan am negeri : Kadar bantuan ditentukan mengikut negeri
  • Bantuan latihan perantis : RM200 sebulan

Nota : Bantuan daripada JKM boleh dimohon oleh rakyat yang memerlukan mengikut kategori kelayakan. Kepada mereka yang ingin memohon, sila semak panduan lengkap permohonan di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai program inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button