BANTUANRUMAH

Panduan Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022

Bagi anda yang belum mempunyai rumah sendiri dan sedang mencari, terdapat satu program skim perumahan mampu milik yang boleh anda miliki melalui SPNB.

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022

Program Perumahan ini telah diperkenalkan di bawah Syarikat Perumahan Negeri Berhad atau lebih dikenali sebagai SPNB. Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bagi tujuan membantu golongan masyarakat yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tapak untuk membina rumah sendiri yang lebih selesa untuk didiami.

Kadar Harga Dan Pelan RMR 2022

Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah , Sarawak dan Labuan)

  • Harga rumah – RM 75,000 Sehingga RM 106,500
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000 sehingga RM 86,500
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun – RM 300 hingga RM 470

Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di semenanjung)

  • Harga rumah – RM 85,000
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Jumlah pinjaman – RM 65,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 Tahun – RM 350

Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung Malaysia)

  • Harga Rumah – RM 75,000
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun – RM 300

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah RMR 

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan rumah RMR 2022 seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon harus berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah RM 3,000 dan ke bawah
  • Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai rumah sendiri
  • Keluasan tapak tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (bergantung reka bentuk )
  • Tapak bersesuaian untuk dirikan rumah dan bebas dari gadaian ke atasnya. Jika anda bukan tuan tanah, pemohon harus mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah

Panduan Cara Mohon RMR 2022

  1. Sila layari Portal Rasmi SPNB – DI SINI
  2. Kemudian log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID pengguna
  3. Gunakan kata laluan yang diberikan pada email anda
  4. Selepad anda log masuk, anda boleh isi borang permohonan pada ruangan disediakan
  5. Untuk panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk di manual pengguna RMR

Nota : Anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan semasa membuat permohonan, sila rujuk di laman rasmi SPNB di atas untuk tujuan semakan maklumat.

Maklumat Lanjut

Selain dari program perumahan mampu milik ini, terdapat perbagai jenis program termasuk bantuan berbentuk kewangan dari pihak Kerajaan pada tahun ini yang boleh anda dapati. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai program dan bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button