BANTUANRISDASIPU

Bantuan Kewangan SIPU RM500 Secara One-off

Bantuan kewangan SIPU adalah merupakan inisiatif berbentuk tunai ‘sekali bayar’ dari pihak kerajaan dibawah seliaan RISDA untuk mereka yang memerlukan. Pada tahun ini terdapat pelbagai bantuan peringkat persekutuan dan negeri telah diperkenalkan bagi membantu meringankan kos sara hidup terutama golongan sasar b40 dan miskin tegar.

BANTUAN KEWANGAN SIPU

Salah sebuah program bantuan yang disediakan adalah Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU) RISDA. Inisiatif bantuan ini telah membabitkan sumbangan tunai sebanyak RM500 dan diberikan kepada yang berkelayakan secara one-off.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan bantuan kewangan ini, sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan dibawah.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan kewangan SIPU RM500 secara sekali bayar ini. Sila layari laman rasmi SIPU RISDA – DI SINI

Borang permohonan boleh anda muat turun di laman tersebut, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang sah
  • Sediakan salinan penyata gaji jika ada
  • Pengesahan pendapatan yang telah disahkan
  • Surat tawaran belajar
  • Resit bayaran pengajian UCAM.

Nota : Borang permohonan perlu diisi lengkap, pemohon perlu sertakan dokumen sokongan semasa kemukakan permohonan di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan untuk pengesahan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Pendapatan isi keluarga dibawah RM4,850
  • Pemohon diutamakan bagi anak pekebun kecil
  • Pemohon merupakan anak kepada keluarga pekebun kecil / kakitangan RISDA / pesara / kakitangan SMR
  • Individu yang telah melaporkan diri di UCAM (University College Agroscience Malaysia)
  • Pelajar tahun pertama
  • Permohonan dibuat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pendaftaran
  • Permohonan bagi peringkat Sijil, asasi, diploma dan ijazah tahun pertama sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas SIPU RM500 one-off ini, terdapat banyak bantuan lain yang masih disediakan bagi mereka yang berkelayakan memerlukan terutama bantuan berbentuk tunai.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button