Bajet 2023BANTUANLesen MemanduMyPSV

MyPSV : Program Bantuan Lesen Memandu Untuk Golongan Belia B40

Pihak kerajaan melalui sidang Bajet 2023 di dalam dewan rakyat baru-baru ini telah mengemukan bantuan baru yang bakal dilaksanakan iaitu Program bantuan lesen memandu kenderaan melalui program MyPSV untuk golongan Belia terutama B40.

Seperti sedia maklum, golongan belia adalah merupakan 1 per 4 populasi negara. Hal demikian mereka yang akan menentukan masa hadapan negara dalam segi ekonomi. Jika pihak kerajaan dapat membantu lebih ramai golongan belia di luar sana maka masa hadapan negara akan lebih baik.

Mengikut statistik data juga telah menunjukan bahawa kadar pengangguran rakyat Malaysia di bawah umur 26 tahun termasuk lepasan sekolah dan graduan masih berada pada aras 11 peratus setakat suku kedua tahun ini. Hal ini kerana bukan mereka memilih kerja tetapi atas faktor kurang peluang pekerjaan, disebabkan itu pihak kerajaan memberikan lebih perhatian kepada golongan belia B40.

OBJEKTIF PROGRAM MyPSV

Bagi Membantu gologan belia terutama dalam kalangan b40 menjana pendapatan melalui perkhidmatan seperti e-hailing, bas serta teksi.

JENIS BANTUAN

Untuk makluman, program MyPSV akan memberikan bantuan dalam bentuk menanggung bayaran bagi mendapatkan jenis lesen seperti dibawah:

  • Bas
  • Teksi
  • E-Hailing
  • Lesen memandu jenis motosikal kelas b2.

Tambahan bagi memupuk dan menggalakan golongan belia untuk bekerja, skim TEKUN Belia Mobilepreneur telah diteruskan bagi membiayai modal anak muda yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran mengunakan jenis kenderaan motosikal.

PERMOHONAN?

Untuk makluman, program MyPSV ini bakal dilancarkan pada tahun 2023, pihak kerajaan akan memaklumkan semula perlaksanaan program ini nanti. Segala perkongsian mengenai program bantuan ini akan dikemaskini dar semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Selain daripada program bantuan ini, anda boleh semak lebih lagi berkenaan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini dan tahun hadapan. Untuk semak senarai bantuan yang ada, sila ke laman utama yang telah disediakan –  DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button