BANTUANBKMMySalam

Penerima BKM Automatik Layak Menerima Bantuan Kewangan RM 700

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan secara tunai kepada Keluarga Malaysia yang memerlukan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM.

Tahukah anda, sekiranya anda penerima BKM 2022 secara automatik akan layak menerima insentif kewangan RM 700 melalui Skim Bantuan MySalam. Di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan bantuan MySalam.

Skim Bantuan MySalam

Program MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif Skim Takaful Perlindungan Kesihatan secara percuma diberikan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat yang bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak untuk menerima manfaat skim perlindungan melalui Dana Amanah MySalam 2022.

MySalam diwujudkan sebagai sebuah skim perlindungan kesihatan sosial dan objektif utama adalah untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan sekiranya mengalami masalah seperti pelbagai jenis penyakit yang dihidapi.

Kelayakan MySalam

  • Terbuka kepada individu bujang berusia 40 tahun sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebawah setahun
  • Terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
  • Terbuka kepada individu / golongan OKU yang berusia 18 tahun sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan ke bawah setahun.

Manfaat MySalam

  • Kepada yang layak akan menerima bayaran bantuan Mysalam secara harian dalam tempoh masa 14 hari untuk setahun pada kadar bayaran sebanyak RM 40 untuk sehari bersamaan RM 700 setahun
  • Kepada yang layak akan bakal menerima bayaran insentif sebanyak RM 8 ribu yang akan dilaksanakan dalam masa yang akan diumumkan kelak.

Panduan Tebus MySalam

Jika anda merupakan individu yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat penebusan skim bantuan MySalam RM 700 ini. Panduan tebus adalah seperti di bawah :

  1. Anda perlu membuat semakan, sila layari Laman Rasmi MySalam – DI SINI
  2. Kemudian sila ikuti arahan yang telah disediakan untuk penebusan bantuan sehingga selesai
  3. Bagi penerima yang layak, anda akan menerima pengesahan secara melalui SMS
  4. Jika anda layak tetapi tidak menerima sebarang SMS dalam tempoh yang ditetapkan, anda perlu menghubungi talian khas MySalam – 1 300 888 983 atau melalui e-mel di [email protected].

Nota : Bagi penerima bantuan kewangan sebelum ini iaitu BPR, BSH dan BKM, secara automatik layak menerima insentif MySalam. Pihak MySalam akan terus masukan maklumat data ke dalam sistem data MySalam.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai telah dilancarkan oleh Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia dari segi meringankan pembelanjaan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button