BANTUANKanak-kanakKerajaan

Terkini : Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM 1,000, mohon segera

Tahukah anda, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah menyediakan bantuan khas untuk para kanak-kanak. Bantuan ini bagi membantu membela golongan anak-anak yang kurang bernasib baik pada tahun ini.

Bantuan Kanak-Kanak

Program Bantuan BKK ini adalah bagi tujuan untuk membantu golongan keluarga , penjaga, kanak-kanak atau kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa. Bantuan BKK ini diberikan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup  tanpa menjejaskan pertumbuhan dalam perkembangan mereka sebagai seorang kanak-kanak.

Kadar Bantuan BKK

  • Bantuan sebanyak RM 150 sebulan bagi anak yang berumur 7 hingga 18 tahun
  • Bantuan sebanyak RM 200 bagi anak yang berumur 6 tahun dan kebawah
  • Kadar bantuan maksimum yang diberikan kepada sebuah keluarga adalah sebanyak RM 1,000.

Syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia atau bermaustatin melebihi masa yang ditetapkan
  • Penjaga/ keluarga yang memberikan jagaan sepenuhnya kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK -Pendapatan Garis Kemiskinan
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan kebawah
  • Jika berumur 18 keatas boleh dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas
  • Bagi mana-mana kes yang bekerpeluan dan layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Permohonan BKK

Jika anda berminat, boleh membuat permohonan. Pemohon perlu lengkapkan borang permohonan bantuan JKM 18 – DI SINI , Untuk memudahkan urusan proses pentadbiran, pemohon perlu membawa dokumen sokongan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarat seperti berikut :

  • Salinan IC pemohon
  • Salinan IC suami/ isteri/ bapa/ ibu/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji jika ada, dan dokumen lain yang berkaitan
  • Salinan sijil kelahiran anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah /Jajahan dan Bahagian di seluruh negara. Bagi setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk pernilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan ini.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu golongan yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan –KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button