BANTUANBKMFASA 3Tarikh Pembayaran

Kerajaan Umum Pembayaran Fasa 3 BKM Bermula 20 September 2022

Berita yang ditunggu-tunggu ramai telah diumumkan sebentar tadi, tarikh perlaksanaan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 akan mula dikreditkan ke akaun penerima bermula pada tarikh 20 September 2022 secara berperingkat.

Pada edisi kali ini, semua kategori akan terlibat menerima bayaran bantuan BKM iaitu Warga emas, Bujang dan Isi rumah.

Kadar Bayaran FASA 3

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 3 adalah sehingga RM 900 bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Semua kategori akan mendapatkan bayaran tunai pada FASA 3 ini. Untuk semakan status kelayakan bayaran anda boleh semak di laman rasmi BKM.

Jadual Bayaran BKM 2022

FASA 1 : Bermula pada tarikh 28 Mac 2022 dikreditkan secara berperingkat ke akaun masing-masing (Pembayaran telah selesai)

FASA 2 : Bermula pada tarikh 27 Jun 2022 dikreditkan secara berperingkat ke akaun masing-masing (Pembayaran telah selesai)

FASA 3 : Bermula pada tarikh 20 September 2022 dikreditkan secara berperingkat ke akaun masing-masing dan tebus di cawangan BSN.

FASA 4 : Pembayaran dijadualkan pada Disember 2022. Tarikh akan diumumkan pada bulan tersebut.

Semakan Status BKM Anda

Di bawah telah disediakan cara semakan untuk anda semak status BKM anda seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  2. Tekan pada ‘Semakan Status’
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan pada skrin anda
  4. Tekan maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran BKM Fasa 3

Untuk makluman, pihak LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pendaftaran BKM secara bergerak melalui pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah anda. LHDNM menafikan ada membuat penggilan keluar menggunakan talian bebas tol  1-800-88-2747.

Pihak berwajib akan membuat panggilan semula jika perlu hanya kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BKM 2022. Dimana individu tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan atau semakan diterima.

Maklumat Lanjut

Pada masa ini, selain daripada BKM, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pakej bantuan untuk diberikan kepada masyarakat yang memerlukan terutama kepada golongan B40 dan fakir miskin.

Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah di sediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button