BKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Terkini : Jadual Rasmi Pembayaran BKM Fasa 2 Mengikut Senarai Bank Pilihan

Bagi pengetahuan umum, Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah program bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2022 oleh pihak Kerajaan.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM terbahagi kepada 4 fasa. Fasa 1 bermula 28 Mac 2022 (Sudah selesai) Fasa 2 bermula 27 Jun 2022 (Isnin) Fasa 3 pada bulan September dan terakhir Fasa 3 pada bulan Disember. Bagi penerima BKM yang sedang menunggu pembayaran Fasa 2 pada 27 Jun (Isnin) hadapan akan menerima jumlah bayaran RM 100 sehingga RM 500 bergantung kategori kelayakan.

Berdasarkan Bantuan BKM ini, bantuan melibatkan dana yang terbesar oleh Kerajaan pada tahun 2022. Ini bertujuan bagi memastikan golongan yang berkelayakan tidak tercicir dan membantu meringankan beban pembelanjaan pada tahun ini.

Jadual Rasmi Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2 akan diberikan bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat kredit ke dalam akaun masing-masing. Anda boleh semak Jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut Bank pilihan anda seperti dibawah :

  • Bank Simpanan Nasional : Pembayaran Bermula 27 Jun 2022 (Hari Isnin)
  • Maybank : Pembayaran Bermula 28 Jun 2022 (Selasa)
  • RHB Bank : Pembayaran Bermula 28 Jun 2022
  • AFFIN Bank : Pembayaran bermula 28 Jun 2022
  • CIMB Bank : Pembayaran bermula 28 Jun 2022
  • Bank Muamalat : Pembayaran bermula 28 Jun 2022
  • AmBank : Pembayaran bermula 28 Jun 2022
  • Bank Rakyat : Pembayaran Bermula 28 Jun 2022
  • Public Bank : Pembayaran Bermula 28 Jun 2022
  • Bank Islam : Pembayaran bermula 28 Jun 2022
  • Hong Leong Bank : Pembayaran bermula 28 Jun 2022

Nota: Mengikut bayaran BKM semasa Fasa 1, pengkreditan ke akaun pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima terlebih dahulu sebelum senarai bank lain. Anda diharapkan bersabar kerana kaedah pembayaran dijalankan secara berperingkat bermula 27 Jun sehingga 5 julai 2022.

Kadar Jumlah Bayaran BKM FASA 2

Kadar pembayaran bagi BKM Fasa 2 adalah dari RM 100 sehingga RM 400, namun baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tambahan bayaran akan diberikan sebanyak RM 50 – RM 100 bermakna penerima BKM fasa kedua akan menerima bayaran sehingga RM 500. Anda boleh membuat semakan status pembayaran BKM anda untuk mengetahui jumlah bayaran yang anda akan terima. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk semakan status bayaran anda – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain daripada Bantuan Keluarga Malaysia ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button