BANTUANeMadanieWallet

eMADANI : Bantuan eWallet Bernilai RM100 Akan Luput Khamis Ini

eMADANI : Bantuan eWallet bernilai RM100 yang boleh ditebus secara one-off akan luput pada khamis ini bersamaan 29 Februari 2024. Inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan pada sidang bajet Belanjawan tahun lalu (2023).

BANTUAN EWALLET (EMADANI) PERCUMA

Kepada mereka yang berjaya tebus insentif khas emadani berjumlah RM100 ini, sila gunakan manfaat yang diberikan sebelum tarikh luput pada minggu ini. Pemberian bantuan ini tidak diberikan tunai, ianya disalurkan secara pengkreditan ewallet dalam akaun edompet individu.

Perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program bantuan emadani RM100 ini terdapat 4 iaitu Touch N Go, Setel, MAE dan Shopeepay. Setiap pemohon hanya dibenarkan memilih salah satu aplikasi sahaja.

Program emadani ini merupakan kesinambungan kepada bantuan ebelia rahmah yang ditawarkan kepada golongan belia sahaja. Atas keprihatinan kerajaan melancarkan bantuan kredit emadani khusus untuk kategori dewasa.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EMADANI RM100

Berikut adalah kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan pihak kerajaan bag program emadani RM100 seperti dibawah :

  • Untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
  • Pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000
  • Kategori B40 & M40

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM EMADANI

Bagi pengetahuan umum, program ini telahpun dilaksanakan bermula Disember tahun lalu dan akan tamat pada 29 Februari 2024. Kepada mereka yang ingin belanjakan amaun tersebut selepas tarikh akhir tidak akan boleh kerana kredit tersebut telah luput.

BUTIRAN LENGKAP PROGRAM BANTUAN EWALLET

Untuk ketahui butiran lengkap program emadani bantuan ewallet RM100 ini, anda boleh semak secara online. Panduan penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – eMADANI 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun 2024. Perkara ini adalah merupakan sebahagian tanda penghargaan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button