Bayaran BKM Fasa 4 Merupakan insentif terakhir akan diberikan pada tahun 2022. Bagi penerima BKM kategori isi rumah dan Ibu Bapa Tunggal, anda sudah boleh semak status bayaran kerana pihak kerajaan telah mula kreditkan ke akaun masing-masing.
Pembayaran kali ini sama seperti terdahulu, diberikan secara berperingkat sehingga selesai. Bagi yang terlepas pandang, bayaran BKM fasa 4 telah bermula 15 November 2022 di seluruh negara ke semua bank penerima yang terbabit.
Untuk sedia maklum, pembayaran kali ini telah diawalkan dari Disember ke November. Hal ini kerana bagi membantu rakyat sebagai persediaan Mosun Timur Laut yang bakal melanda.
HANYA 3 KATEGORI INI YANG LAYAK TERIMA BKM FASA 4
Untuk makluman, kadar jumlah bayaran kali ini adalah bermula dari RM 100, RM 150, RM 300, RM 600 dan RM 900. Untuk bayaran kali terakhit ini akan melibatkan kategori seperti berikut:
- Isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan RM 2,500 dan kebawah – sehingga RM 900 bergantung bilangan anak
- Ibu bapa tunggal yang mempunyai pendapatan bulanan RM 2,500 dan kebawah – sehingga RM 900 bergantung bilangan anak
- Isi rumah berpendapatan RM 5,000 dan kebawah -sehingga RM 300.
BKM TANPA KAD BANK
Bagi penerima BKM yang tidak mempunyai kad bank. Mulai hari ini anda sudah boleh tebus bantuan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.
Anda perlu membawa kad pengenalan untuk semakan pembayaran bagi memudahkan proses bayaran bkm kali ini.
SEMAKAN STATUS BKM FASA 4 SECARA ONLINE
Untuk sebarang semakan tentang status pembayaran masing-masing, anda boleh semak secara online di portal rasmi MyBKM – DI SINI
Tekan di bahagian semakan status. Di ruangan tersebut akan dipaparkan jumlah bayaran BKM fasa 4 anda sudah berjaya dikreditkan atau masih dalam proses.
MAKLUMAT LANJUT
Kepada anda yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Anda boleh semakan lebih banyak jenis bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Khususnya berbentuk bantuan kewangan kepada yang memerlukan.
Untuk semakan senarai bantuan yang layak untuk anda mohon dan dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI