BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Bantuan Tunai RM500 Sebulan Untuk Warganegara

BWE : Bantuan Tunai RM500 (bulanan) ditawarkan istimewa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Insiatif khas ini merupakan antara bantuan kewangan yang masih terus dilaksanakan pada tahun 2024.

BANTUAN TUNAI RM500 SEBULAN (BWE)

Kepada yang terlepas pandang, pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai bantuan warga emas. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program BWE pada tahun ini.

Tujuan utama pemberian bantuan khas ini dilancarkan adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Dengan adanya insentif tambahan ini mampu menampung kelangsungankan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan dikreditkan bantuan tunai pada kadar RM500 sebulan. Pembayaran akan disalurkan secara automatik setiap bulan kepada penerima bantuan BWE.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BWE

Mereka yang mematuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan boleh memohon bantuan khas BWE RM500 ini seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas
  • Berada dalam golongan kategori warga emas/ orang tua
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan hari yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Segala perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan percuma ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE (2024)

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, setiap pemohon perlu sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan dokumen berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button