Bajet 2023BANTUANePemula

e-Pemula 2023 : Syarat Kelayakan Bantuan RM 200

BAJET 2023 : Bantuan E-Pemula dinaikkan RM 200 Berbanding RM 150 Tahun 2022

Untuk makluman pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Inisiatif diberikan kepada semua golongan seperti warga emas, bekerluarga, OKU, Belia serta kanak-kanak untuk tahun 2022.

Melalui sidang Bajet untuk tahun 2023, terdapat pelbagai jenis program dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah sebuah program yang dikenali sebagai e-Pemula yang memberikan insentif sebanyak RM 150 kepada penerima yang layak pada tahun sebelum dan telah ditambah kadar bantuan iaitu sebanyak RM 200 kepada setiap penerima.

Maklumat E-PEMULA 2023

Program bantuan E-Pemula ini diwujudkan adalah bertujuan menyemarakka budaya transaksi tanpa tunai melaluie-Dompet secara pembelia menggunakan platform digital pada tahun ini.

Program Insentif khas ini akan diberikan kepada para belia yang sedang menuntut pembelajaran sepenuh masa di mana mana cawangan institusi pengajian tinggi (IPT) Swasta dan Awam yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Data maklumat para belia akan disemak silang dengan pihak IPT dalam negara yang berdaftar dan pengkalan data kerajaan yang berkenaan. Program bantuan ePemula ini juga turut diberikan kepada individu yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023.

Cara Tebus Bantuan

Untuk penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet sama seperti tahun 2022. Bagi Setiap penebus juga hanya boleh membuat penebusan di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat untuk anda dapatkan. Untuk makluman semua, bermula tahun 2023 baru anda boleh mendapatkan bantuan ini secara online.

Berkenaan dengan pelaksanaan inisiatif ini, ia akan dilaksanakan pada tahun depan (2023) dengan peruntukan RM400 juta. Pihak Kerajaan juga turut meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia untuk membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh selama 3 bulan.

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM200

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

  • Program bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun.
  • Individu / Pelajar yang Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
  • Individu / Pelajar yang Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
  • Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan ePemula ini, sila layari Laman rasmi ePemula –DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari bantuan ePemula ini, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon dan dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah pihak kami sediakan – TEKAN DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button