BANTUANSara Hidup

Bantuan Sara Hidup RM300 Dibayar Setiap Bulan

Bantuan Sara Hidup RM300 (BSH) dibayar setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan menerima inisiatif khas ini. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah menawarkan pelbagai insentif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

BANTUAN SARA HIDUP RM300

Salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan adalah bantuan sara hidup RM300 yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Pihak kerajaan melalui (JHEV) iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah menyediakan bantuan secara bulanan sebanyak RM300.

Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini diberikan setiap bulan bagi membantu meringankan beban sara hidup harian penerima. Untuk sedia maklum, permohonan yang diluluskan akan berkuat kuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran diberikan.

Setiap permohonan akan dinilai semula bagi tempoh tiga tahun tersebut. Hal ini bagi memastikan sama ada penerima BSH masih layak atau tidak diteruskan bayaran bantuan khas ini.

Inidividu yang ingin membuat permohonan bagi melanjutkan bayaran bantuan BSH sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh 3 tahun berkenaan.

KADAR BANTUAN BSH

Kepada pemohon yang layak akan menerima insentif bayaran BSH bernilai RM300 setiap bulan, bayaran akan diberikan secara automatik selama 3 tahun.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang ingin mendapatkan insentif khas ini, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan permohonan dan syarat kelayakan telah disediakan, sila layari laman rasmi JHEV – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan sara hidup, terdapat lebih banyak insentif yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button