FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP FSA2 : Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan

Pengeluaran khas KWSP FSA2 telah dilancarkan baru-baru ini bagi pencarum yang ingin mengeluarkan wang mereka melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyatakan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pengeluaran pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2

Untuk sedia maklum, program pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) KWSP adalah merupakan kemudahan bagi membantu ahli. Untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang terlibat.

Baki wang simpanan di dalam akaun 2 digunakan untuk mebayar balik pembiayaan awal pengeluaran bersyarat umut 50 tahun atau 55 tahun. Melalui kemudahan pembiayaan ini, pencarum / ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah layak untuk membuat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN FSA2 KWSP

Berikut telah disediakan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pembiayaan pengeluaran KWSP seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pencarum yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai minimum baki simpanan akaun 2 sebanyak RM3,000
  • Permohonan dibuka dalam tempoh (1) setahun bermula 7 April 2023
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • Mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

PENGELUARAN WANG SEHINGGA RM50,000

Untuk pengetahuan umum, jumlah pembiayaan pengeluaran khas KWSP FSA2 ini dibenarkan minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah tertakluk pada baki wang simpanan dalam akaun 2 KWSP.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada yang memerlukan dan ingin membuat pembiayaan pengeluaran khas KWSP ini, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Panduan lengkap telah disediakan dalam laman rasmi tersebut, sila semak dengan teliti sebelum membuat sebarang permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, permohonan pembiayaan pengeluaran KWSP FSA2 ini telah mula dibuka pada tarikh 7 April bagi MBSB Bank. Manakala bagi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan dibuka pada 15 April ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif, kemudahan dan bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia terutama golongan sasar. Bagi yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button