BANTUANJKM

Senarai Bantuan Kewangan JKM : Yang Boleh Dimohon Tahun Ini

Terdapat beberapa senarai bantuan kewangan JKM yang ditawarkan dan boleh dimohon pada tahun ini oleh golongan yang berkelayakan. Untuk sedia maklum, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebuah agensi dibawah kerajaan.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Ramai yang tidak tahu bahawa sekiranya mereka tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan dan berkelayakan memerlukan. Mereka boleh mengemukakan permohonan mengikut kategori bantuan bagi meringankan beban.

JKM telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif dalam skim bantuan kebajikan dan rata-rata diberikan secara setiap bulan. Inisiatif-inisiatif yang ditawarkan adalah bagi membantu golongan sasar bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM

Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran bagi bantuan JKM adalah berbeza bermula dari RM150 sehingga RM1,000 sebulan. Jumlah ditentukan mengikut kategori bantuan dan bilangan tanggungan isi rumah.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN JKM

Berikut adalah senarai jenis bantuan kewangan JKM yang ditawarkan pada tahun 2023 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti di bawah :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK)
  • Bantuan Warga Emas (BWE)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Info : Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) di antara kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini sudah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 (Jadual kesembilan senarai perundangan).

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN JKM

Kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan sasar dan kurang bernasib baik dalam kewangan, anda boleh kemukakan permohonan mengikut kategori bantuan yang bersesuaian.

Panduan cara mohon dan syarat kelayakan telah disediakan, sila layari laman web rasmi eBantuan JKM – KLIK DISINI

Di halaman rasmi tersebut, anda boleh menyemak kesemua perkara berkenaan bantuan yang disediakan oleh JKM yang boleh anda mohon.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan JKM, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun 2023. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button