BANTUANMySARAMySARA 2024Tambahan

MySARA : Pemberian Bantuan Tambahan Kepada Penerima STR

MySARA : Pemberian Bantuan Tambahan dalam bentuk kredit eWallet akan mula disalurkan berperingkat kepada penerima STR. Untuk makluman, inisiatif khas ini adalah merupakan sebahagian bantuan dalam Belanjawan 2024.

MYSARA : PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN

Pihak kerajaan bersetuju untuk menambahbaik dan terus melaksanakan program khas pemberian Sumbangan Asas Rahmah pada tahun hadapan. Apa yang menarik adalah Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pemberian insentif SARA ini akan diperluaskan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

Ini bermakna akan lebih ramai dapat menggunakan manfaat yang diberikan secara percuma. Bagi pengetahuan umum, pemberian insentif SARA ini tidak diberikan secara tunai, ianya akan disalurkan secara pengkreditan ke dalam Mykad penerima.

Tujuan utama bantuan khas ini masih terus dilancarkan pada tahun 2024 adalah untuk meringankan beban serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Insentif yang diberikan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berhampiran.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYSARA

Sebelum ini, hanya kategori penerima miskin tegar sahaja menerima insentif tambahan SARA pada kadar RM600. Namun atas keprihatinan kerajaan telah memperluaskan senarai penerima pada kadar yang lebih tinggi.

Kadar pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori STR Miskin tegar (200,000 penerima) : RM1,200
  • Kategori STR Miskin (500,000 penerima) : RM1,200
  • Kategori STR Isi rumah (3.7 juta penerima) : RM300
  • Kategori STR bujang (4.3 juta penerima) : RM150

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN MYSARA

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memaklumkan bayaran bantuan SARA akan disalurkan bermula Januari sehingga Disember 2024 pada kadar RM100 sebulan. Ianya adalah jadual untuk pemberian bagi kategori miskin dan miskin tegar.

Bagi kategori bujang dan isi rumah pula akan dimaklumkan kelak berkenaan tarikh pemberian. Insentif tambahan ini tidak perlu kemukakan permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada mereka yang berkelayakan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA 2024

Sekiranya anda merupakan penerima STR sedia ada, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dilakukan secara online. Untuk semak sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Pihak kerajaan akan kemaskini laman semakan bagi tahun hadapan pada bulan Januari nanti. Kepada mereka yang layak, gunakan insentif tersebut sebaik mungkin untuk meringankan beban.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button