BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Pemberian Fasa Akhir Akan Dibayar Secara Berperingkat

MySTR : Pemberian Fasa Akhir akan dibayar secara berperingkat kepada rakyat bermula bulan hadapan iaitu November 2023. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan tahun ini.

MYSTR : PEMBERIAN FASA AKHIR

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini diberikan kepada rakyat melalui 4 fasa pembayaran. Menerusi program bantuan khas ini, terdapat 3 kategori utama yang terlibat iaitu bujang, warga emas dan isi rumah B40 & M40.

Jumlah keseluruhan bayaran bagi STR tahun ini adalah sehingga RM2,500 dan tambahan RM600 bagi bantuan SARA. Kadar ditentukan berdasarkan kategori dan bilangan tanggungan anak bagi sebuah keluarga.

Untuk makluman, pembayaran bagi STR fasa 1 sehingga fasa 3 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya tinggal satu lagi bayaran fasa akhir (4) yang akan mula dikreditkan pada bulan November.

KADAR PEMBERIAN FASA AKHIR MENGIKUT KATEGORI

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa kadar bayaran bagi fasa terakhir Sumbangan Tunai Rahmah adalah sehingga RM1,200. Jumlah yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti berikut.

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA)

Kumpulan B40 (Pendapatan RM2,500)

  • Tidak mempunyai anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak 5 keatas : RM1,200

Kumpulan M40 (Pendapatan RM5,000)

  • Tidak mempunyai anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak 5 keatas : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM200

Info : Hanya kategori isi rumah B40, M40 dan warga emas sahaja akan menerima bayaran pada fasa keempat nanti. Bagi kategori bujang telah selesai dibayar dari fasa 1 hingga fasa 3 yang melibatkan jumlah keseluruhan RM350.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk kemaskini dan semakan, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan dan terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button