BANTUANePemula

Kerajaan Umum Bantuan E-Pemula 2022 : Panduan Cara Memohon Dan Semakan Status

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan dari pihak Kerajaan bagi membantu rakyak yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang ada pada tahun ini yang boleh anda mohon ialah Program Bantuan e-Pemula sebanyak RM 150. Insentif bantuan ini ialah merupakan sebuah skim transaksi tanpa tunai bagi tujuan memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan digital (eWallet Belia tahun 2022)

Pengenalan

Menurut Menteri Kewangan iaitu Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, ePemula akan diberikan secara kredit RM 150 secara sekali bayar (One-off) ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

Dengan jumlah peruntukan RM 300 Juta, pihak kerajaan berharap kira-kira lebih kurang 2 juta belia yang bakal menerima manfaat daripada program bantuan ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna untuk tujuan pembelajaran seperti buku dan kelengkapan peralatan pelajaran.

E-Pemula RM 150

Bantuan ini merupakan sebuah skim transaksi tanpa tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan digital.

Melalui prgram bantuan ini, kepada penerima akan mendapat sebanyak RM 150 secara kredit terus ke dalam akaun e-dompet para belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan juga kepada para pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

Untuk makluman, penebusan Program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan bermula dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet belia seperti berikut :

  • Boost
  • Grab Pay
  • Touch n Go (eWallet)
  • Big Pay

Kelayakan Memohon

Kepada para pelajar IPT dan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022.

Jumlah BantuanĀ 

Kepada setiap pemohon yang layak boleh membuat tuntutan RM 150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa yang terdekat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan e-start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yan terlibat dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sila layari portal RasmiĀ https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui senarai bantuan Bajet 2022 yang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button