BANTUANBWEJKMWarga Emas

Rasmi : Bantuan Tunai RM500 Boleh Dimohon Melalui BWE 2024

Rasmi : Bantuan Tunai RM500 (bulanan) boleh dimohon melalui program BWE yang masih dilaksanakan bagi sesi tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif dibawah Belanjawan 2024.

RASMI : BANTUAN TUNAI RM500 (BULANAN)

Kepada yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah inisiatif bantuan dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pihak JKM telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).

Untuk makluman, tujuan utama program istimewa ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban dalam meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kepada rakyat yang memenuhi kriteria kelayakan boleh mengemukakan permohonan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.

Kepada mereka yang berkelayakan, kadar bayaran bantuan khas ini akan diberikan RM500 sebulan. Pengkreditan akan disalurkan secara automatik setiap bulan bagi menampung kos sara hidup.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM500 (BWE)

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi menyertai program bantuan khas BWE ini seperti di bawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Permohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • Individu/ pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN TUNAI BWE

Kepada kalian atau mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan, permohonan bantuan khas BWE ini boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE (2024)

Bagi makluman, perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini sudah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button