KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran KWSP Sebahagian 2024 : Maklumat Lengkap

Pengeluaran KWSP Sebahagian 2024 akan terus disediakan kepada ahli/ pencarum yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk maklumat lengkap, pihak KWSP telah menyediakan pengeluaran khas bersyarat bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN 2024

Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan sebuah kemudahan e-pengeluaran KWSP melalui i-akaun. Setiap ahli sebenarnya boleh membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu selagi menepati kelayakan yang telah ditetapkan.

KWSP telah menawarkan e-pengeluaran KWSP secara sebahagian atau sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2 simpanan. Tujuan kemudahan ini adlaah bagi memudahkan ahli KWSP untuk membuat persediaan menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Dengan adanya epengeluaran KWSP ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi sedia ada KWSP. Di halaman ini dikongsikan berkenaan jenis-jenis pengeluaran (Sebahagian) KWSP yang boleh dilakukan.

JENIS PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN 2024

Berikut adalah senarai jenis pengeluaran KWSP secara sebahagian yang dibenarkan dan boleh dilakukan oleh ahli seperti dibawah :

  • Mencapai Umur 50
  • Beli rumah
  • Pendidikan
  • Bina rumah
  • Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman perumahan
  • Perumahan fleksibel
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Rumah PR1MA
  • Menunaikan ibadah haji (Ahli beragama islam sahaja)
  • Simpanan melebihi 1 juta
  • Rawatan/ kesihatan

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Beberapa kriteria syarat kelayakan bagi membuat permohonan pengeluaran KWSP melalui i-akaun ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Merupakan ahli KWSP
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasaahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Jika anda ingin membuat pengeluaran sebahagian untuk tujuan peribadi seperti di atas, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa selagi mematuhi terma dan syarat. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Pengeluaran sebahagian yang dibenarkan akan memberi manfaat kepada ahli seperti untuk tujuan perumahan, kerana rumah adalah aset penting bagi setiap individu. Kemudahan epengeluaran sebahagian adalah majoriti melalui simpanan dalam akaun 2.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khusus berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun 2024 dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button