FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

FSA2 : Pengeluaran Bersyarat KWSP Dibenarkan Sebelum Raya

FSA2 : Pengeluaran Bersyarat KWSP dibenarkan sebelum raya aidilfitri kepada ahli yang memenuhi kelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, inisiatif kemudahan pengeluaran khas bersyarat ini telah ditawarkan pada tahun ini.

PENGELUARAN BERSYARAT FSA2 KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah skim kemudahan pengeluaran yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Skim pengeluaran melalui FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan yang berbeza.

Untuk makluman, permohonan bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa pertama (1) telah dibuka dan boleh dimohon sebelum perayaan aidilfitri. Tujuan utama perlaksanaan program istimewa ini adalah bagi memberi manfaat kepada para pencarum KWSP.

Menerusi skim FSA2 ini, ahli KWSP boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Dengan adanya kemudahan ini dapat membantu ahli KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang terlibat.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Bagi pengetahuan umum, pihak KWSP telah menetapkan kadar minimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan secara one-off adalah sehingga RM50,000.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

KWSP telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi skim pengeluaran FSA2 KWSP seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP (Umur belum mencapai 55 tahun) syarat fasa 1
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Permohonan bersyarat maksimum RM50,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN FSA2 KWSP

Untuk kalian yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pengeluaran khas KWSP bersyarat FSA2 ini boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (2024)

Pihak institusi perbankan yang terlibat bagi pengeluaran KWSP fasa 1 yang boleh dimohon adalah seperti di bawah :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank
  • Maybank
  • CIMB Bank.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button