FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

KWSP : Pengeluaran Serendah RM5000 Dibenarkan Melalui FSA2

KWSP : Pengeluaran Serendah RM5000 kini dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan melalui FSA2. Inisiatif kemudahan pengeluaran ini merupakan sebahagian skim yang disediakan oleh pihak KWSP pada tahun 2024.

PENGELUARAN KWSP SERENDAH RM5000

Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah kemudahan pengeluaran yang dikenali sebagai FSA2. Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini akan dilaksanaan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan berbeza.

Bagi makluman umum, permohonan bagi pengeluaran khas KWSP bersyarat fasa 1 telah dibuka kepada pencarum yang memerlukan. Tujuan utama program ini dilancarkan adalah bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Melalui FSA2, ahli KWSP boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun dari pihak bank yang terlibat. Erti kata lain, dengan adanya FSA2 ini adalah satu bentuk pinjaman peribadi yang mempunyai syarat tertentu dan kadar pengeluaran.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Untuk makluman, pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran melalui fasiliti sokongan akan 2 adalah minimum serendah RM3000. Manakala jumlah maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000.

KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP SERENDAH RM3000

Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dan wajib dipatuhi bagi pengeluaran khas bersyarat ini seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Kepada ahli KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang disediakan. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (2024)

Buat masa ini terdapat 4 institusi perbankan yang terlibat bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 iaitu BSN, MBSB, CIMB Bank dan Maybank.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button