i-SayangKWSP

I-Sayang KWSP : Cara Daftar Permohonan

I-Sayang KWSP adalah merupakan sebuah inisiatif kemudahan yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia. Untuk makluman, program khas ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada golongan wanita yang merupakan isteri kepada pencarum.

I-SAYANG KWSP 2023

Program i-sayang adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada para suami (pemberi). Kadar pemindahan sebanyak 2 peratus syer pekerja yang diterima daripada pihak majikan ke dalam akaun KWSP isteri penerima.

Kepada golongan suami disarankan mendaftar i-sayang ini bagi menghargai isteri dan secara tidak langsung dapat memberikan simpanan sebanyak 2% setiap bulan kepada isteri tercinta.

SYARAT KELAYAKAN PEMBERI & PENERIMA

Kriteria syarat kelayakan pemberi (suami) dan penerima (isteri) yang ingin membuat caruman i-sayang KWSP seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Merupakan pencarum / ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Status perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang negara Malaysia

CARA DAFTAR PERMOHONAN I-SAYANG KWSP

Untuk membuat pendaftaran permohonan i-sayang, ianya boleh dibuat oleh suami secara sukarela melalui 2 kaedah seperti berikut :

  • Layari laman rasmi i-Akaun KWSP – DI SINI
  • Hadir ke pejabat KWSP yang berdekatan bersertakan dengan borang permohonan pendaftaran i-sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Untuk makluman, untuk proses daftar permohonan i-sayang tidak perlukan dokumen sokongan.

CIRI-CIRI I-SAYANG KWSP

Berikut adalah ciri-ciri caruman melalui i-sayang seperti dibawah :

  • Permohonan dibuat secara sukarela daripada akaun suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan. Setiap caruman yang dikreditkan ke akaun KWSP suami akan dipindahkan ke akaun isteri.
  • Pidahan sebanyak 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima)

Nota : Untuk caruman i-sayang hanya dibenarkan sebanyak 2% sahaja, kadar melebihi tidak dibenarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai untuk seluruh rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai inisiatif yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button