BANTUANeTunaiKredit

Kredit E-Tunai RM100 : Bantuan Boleh Ditebus Pada Suku Ke 4

Kredit e-tunai RM100 baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Untuk sedia maklum, bantuan khas ini akan dilaksanaan pada suku keempat tahun 2023.

KREDIT E-TUNAI RM100 UNTUK B40 & M40

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa golongan dewasa berumur 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 dan M40 layak menerima insentif khas ini. Inisiatif kredit e-tunai RM100 ini akan mula diberikan pada suku keempat, bermaksud pada bulan Oktober sehingga Disember 2023.

Kementerian kewangan telah memaklumkan perkara ini pada sidang melancarkan kerangka ekonomi Madani memperkasa rakyat. Bantuan ini boleh ditebus oleh rakyat yang memperolehi pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Program pemberian kredit e-tunai RM100 ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan akan memberi manfaat kepaa lebih daripada 10 juta penerima.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan khas kredit etunai ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Golongan B40 & M40
  • Pendapatan setahun dibawah RM100,000

Pemberian bantuan khas bernilai RM100 ini hanya boleh dituntut sekali sahaja bagi setiap pemohon.

TARIKH BOLEH CLAIM

Bagi makluman, kredit e-tunai RM100 ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023. Bermakna rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh tebus kredit percuma ini diantara bulan Oktober sehingga Disember nanti.

Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

EBELIA RAHMAH 

Kepada yang terlepas pandang, terdapat satu lagi bantuan kredit etunai yang telah dilancarkan iaitu eBelia Rahmah. Bantuan ini diberikan kepada golongan belia dan mahasiswa dengan jumlah RM200 seorang.

Mereka yang menepati syarat kelayakan boleh tuntut kredit ebelia rahmah RM200 di aplikasi pilihan seperti Setel, Boost dan Touch N Go ewallet. Setiap pemohon dibenarkan menebus sekali sahaja dan amaun tersebut boleh digunakan sehingga tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

Untuk tebus bantuan, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button