BANTUANPPRTRUMAH

Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan Rumah PPR

Untuk makluman, pelbagai jenis inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan sama ada melalui kerajaan pusat dan negeri bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Salah satu inisiatif adalah bantuan berbentuk rumah kepada yang berkelayakan iaitu melalui Skim  Projek Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai PPR untuk dimiliki di bawah Kementerian Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KPKT). Di ruangan ini telah disediakan maklumat ringkas berkenaan PPR dimiliki yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Syarat Kelayakan PPR

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM 3,000 dan kebawah
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas
  • Pemohon dan pasangan belum pernah miliki rumah sendiri
  • Mengikuti syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri.

Kadar Harga Rumah

Untuk makluman, pada asasnya Program Perumahan Rakyat (PPR) ini adalah sebuah skim program Kerajaan untuk penempatan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan setempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Menerusi program PPR dimiliki. ini bertujuan bagi membolehkan golongan miskin atau berpendapatan rendah berpeluang untuk miliki rumah sendiri dengan kadar harga rumah dari RM 30,000 sehingga RM 42,000 sebuah rumah.

Ciri-Ciri Rumah PPR Dimiliki

  • Tertumpu di kawasan bandar
  • Jenis rumah bertingkat (5 hingga 18 tingkat)
  • Kawasan luar bandar (Rumah teres)
  • Keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Terdapat 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air
  • Kemudahan asas persekitaran seperti Dewan komuniti, Surau, gerai makan, tadika, kemudahan OKU, Rumah sampah dan taman permainan.

Permohonan PPR

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi TEDUH KPKT – DI SINI , anda boleh daftar dan ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai di laman berkenaan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan untuk membantu Keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button