BANTUANBujangSTR

Jadual Bayaran STR Bujang Berjumlah RM350

Jadual bayaran STR bujang berjumlah RM350 diberikan secara berperingkat untuk kategori ini pada tahun 2023. Untuk sedia maklum, sumbangan tunai rahmah (STR) merupakan inisiatif bantuan tunai baru diperkenalkan oleh kerajaan yang melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah pada tahun ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Untuk makluman, bantuan STR telah menggantikan bantuan tunai terdahulu iaitu BKM 2022. Inisiatif ini melibatkan peruntukan dana bantuan yang besar pada tahun ini yang melibatkan 3 kategori kelayakan dengan kadar bantuan yang berbeza bergantung kelayakan.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini adalah bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Terutama bagi golongan b40 dan miskin. Bagi kategori bujang, mereka juga akan terlibat mendapatkan manfaat dari pemberian STR ini.

KADAR BAYARAN STR BUJANG

Pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah bayaran bagi Sumbangan tunai rahmah (STR) kategori bujang akan menerima bayaran berjumlah RM350. Pembayaran tersebut akan disalurkan secara berperingkat mengikut fasa.

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG

Penerima STR berdasarkan data BKM 2022, bagi bukan penerima STR anda yang terdiri daripada golongan bujang. Anda boleh membuat pendaftaran permohonan baru sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023, sila semak syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan individu bujang atau ibu bapa tunggal (tidak mempunyai anak menepati syarat)
  • Had umur adalah dari 21 sehingga 59 tahun
  • Pendapatan bulanan semasa dibawah RM2,500

Info tambahan : Kepada individu bujang yang berumur 21 tahun keatas dan masih merupakan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan maklumat dikemaskini dimasukan kedalam maklumat tanggungan anak. Individu tidak dibenarkan untuk membuat permohonan sebagai kategori bujang.

JADUAL BAYARAN STR BUJANG

Berikut adalah jadual bayaran STR bujang bernilah RM350 mengikut fasa seperti dibawah :

  • Fasa 1 STR bujang : RM100 (Januari)
  • Fasa 2 STR bujang : RM100 (April)
  • Fasa 3 STR bujang : RM150 (Julai)
  • Fasa 4 STR bujang : Tiada bayaran

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI MAKLUMAT STR

Pihak kerajaan telah membuka permohonan baru dan kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan Bermula 1 hingga 31 Mac 2023. Untuk semakan kemaskini atau permohonan baru, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI untuk semakan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button