BANTUANFebruariKerajaan

Senarai Bantuan Bulan Februari 2023

Senarai bantuan bulan Februari ini yang dibayar kepada penerima berkelayakan dari pelbagai kategori terdiri daripada rakyat Malaysia. Untuk makluman, pada suku pertama tahun ini, pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai kepada mereka yang berkelayakan memerlukan.

SENARAI BANTUAN BULAN FEBRUARI

Untuk sedia maklum, ada beberapa bantuan yang dibayar kepada rakyat pada bulan ini. Kebanyakan bantuan pada bulan ini diberikan secara bulanan mengikut kategori bantuan yang diterima. Halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan senarai bantuan yang dibayar pada bulan ini.

BANTUAN BMT FASA 2

Pemberian insentif khas bantuan musim tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT adalah untuk rakyat Malaysia yang merupakan golongan peneroka. Jumlah bayaran bantuan BMT adalah sebanyak RM800 untuk setiap penerima.

Namun bayaran bukan diberikan sekaligus, pembayaran diagihkan secara berfasa iaitu bulan Januari RM300, Februari RM300 dan Mac RM200. Untuk semakan status, sila layari portal rasmi eBMT – DI SINI

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Ramai yang terlepas pandang, pihak Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai jenis bantuan yang termasuk dalam skim bantuan kebajikan.

Untuk makluman, JKM telah menyediakan inisiatif bantuan seperti Bantuan Kanak-kanak sehingga RM1,000, Bantuan anak pelihara RM500, Bantuan warga emas RM500 dan bantuan latihan perantis RM200.

Mejoriti inisiatif yang ada dalam skim bantuan kebajikan adalah bantuan yang diberikan secara bulanan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan sekiranya menepati syarat kelayakan. Sila layari portal rasmi ebantuan JKM – DI SINI

Jika anda berkelayakan, sebarang permohonan dibawah JKM boleh dibuat pada bila-bila masa kerana bantuan dari skim kebajikan diberikan setiap bulan.

BANTUAN BARANG KEPERLUAN DAPUR

Pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan BINGKAS iaitu inisiatif yang dberikan kepada rakyat Selangor yang memerlukan. Kadar bantuan BINGKAS adalah sebanyak RM300 dan akan diberikan secara setiap bulan dengan jumlah amaun yang sama.

Jika anda merupakan kelahiran selangor atau sudah tinggal di Selangor melebihi 10 tahun, anda boleh semak cara permohonan. Sila layari laman rasmi BINGKAS SELANGOR untuk panduan permohonan.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seluruh Malaysia telah menyediakan beberapa jenis inisiatif untuk rakyat yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Bagi anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –KLIK DI SINI untuk semakan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button