Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

FSA2 2024 : Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa 1 Dibenarkan

FSA2 2024 : Pengeluaran KWSP bersyarat fasa 1 kini dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini adalah merupakan sebahagian kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh KWSP pada tahun ini.

FSA2 2024 : PENGELUARAN KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan sebuah skim pengeluaran khas bersyarat bermula April lalu bagi memberi manfaat kepada rakyat. Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau FSA2 ini merupakan salah satu kemudahan pengeluaran pada tahun ini.

Untuk makluman umum, program pengeluaran melalui FSA2 KWSP ini adalah bagi membantu para ahli yang memerlukan bagi mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Pengeluaran khas bersyarat FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan permohonan fasa pertama telahpun dibuka pada tahun ini. Kepada pencarum KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan secara online boleh dilakukan sepanjang tahun ini.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024 (FASA 1)

Bagi pengetahuan umum, kadar pembiayaan pengeluaran bersyarat fasa 1 ini telah ditetapkan serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 secara sekaligus (one-off).

Kadar jumlah diatas adalah bagi fasa pertama, untuk fasa kedua akan dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan nanti.

KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP 2024 MELALUI FSA2

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib yang perlu dipatuhi, antaranya seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP (Umur belum mencapai 55 tahun) bagi syarat fasa 1
  • Minimum simpanan dalam akaun 2 serendah RM3,000
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan pihak bank
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,00.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2

Untuk makluman, bagi pengeluaran fasa 1 terdapat 3 institusi perbankan yang terlibat iaitu MBSB bank, CIMB bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Oleh itu, kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online pada tahun ini.

Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – FSA2 KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button