FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran FSA2 KWSP 2024 : Dibenarkan Minimum RM3,000

Pengeluaran FSA2 KWSP 2024 : Ahli/ pencarum dibenarkan melakukan pengeluaran minimum atau serendah RM3,000 secara one-off. Untuk makluman, inisiatif kemudahan ini telah disediakan kepada ahli yang memerlukan pada tahun ini.

PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024

Sebenarnya ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran khas KWSP bersyarat FSA2 untuk tujuan peribadi pada tahun ini. Fasiliti Sokongan Akaun 2 telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada pencarum yang memerlukan.

Melalui FSA2 ahli yang menepati kelayakan boleh mengemukakan permohonan awal bersyarat 50 atau 55 tahun. Untuk makluman umum, pengeluaran khas melalui FSA2 KWSP ini dilaksanaan secara 2 fasa yang melibatkan kriteria kelayakan yang berbeza.

Sepanjang tahun ini permohonan bagi pengeluaran bersyarat fasa 1 dibuka dan bagi fasa 2 akan dimaklumkan kelak oleh pihak kerajaan. Dengan adanya inisiatif kemudahan FSA2 ini dapat membantu para ahli KWSP untuk mendapatkan pembiayaan peribadi melalui istitusi perbankan yang terlibat.

KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi pengeluaran khas KWSP ini adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP yang merupakan warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Minimum simpanan dalam akaun 2 adalah serendah RM3,000
  • Mematuhi dan memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Pengeluaran bersyarat maksimum sehingga RM50,000 one-off.

Nota : Bagi pengeluaran fasa 1 bersyarat (FSA2) ini, terdapat 3 institusi perbankan yang terlibat iaitu MBSB, Bank Simpanan Nasional dan CIMB Bank. Pemohon boleh memilih salah 1 bank untuk kemukakan permohonan.

JUMLAH PENGELUARAN KWSP FSA2 YANG DIBENARKAN

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menetapkan kadar jumlah yang boleh dilakukan oleh ahli selagi mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan. Minimum pengeluaran adalah RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara sekaligus.

CARA DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khusus berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button