BANTUANeGumisWang Tidak Dituntut

EGUMIS 2023 : Semakan Wang Tidak Dituntut

EGumis 2023 adalah merupakan sebuah portal rasmi dari pihak kerajaan bagi orang awam membuat semakan wang tidak dituntut (WTD). Untuk sedia maklum, kini anda boleh membuat semakan sama ada anda mempunyai WTD atau tidak bagi akaun anda.

APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT

Ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu berkenaan kemudahan semakan Wang tidak dituntut ini boleh dilakukan. Hampir daripada separuh orang awam yang membuat semakan mengetahui mereka mempunyai wang WTD yang boleh dituntut selepas membuat semakan.

Untuk makluman, WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber antaranya adalah duit yang perlu dibayar kepada individu dari sisi undang-undang tetapi tidak dibayar dalam tempoh 1 masa. Contohnya kurang dari setahun wang seperti gaji, bonus, upah, dividen, simpanan tetap yang telah matang dan sebagainya.

WTD juga boleh datang dari wng dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh individu dalam tempoh masa tidak kurang dari 7 tahun. Contoh seperti wang dari akaun simpanan, semasa dan simpanan tetap, ramai yang mempunyai WTD dari kategori ini selepas semakan.

Duit dalam kredit sesebuah akaun berstatus dagangan yang tidak dapat dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam 1 tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contoh seperti akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

ORANG AWAM DISARANKAN MEMBUAT SEMAKAN WTD

Sebenarnya masih ramai yang masih tidak tahu bahawa mereka mempunyai wang tidak dituntut yang boleh dituntut. Menerusi kenyataan sebuah akhbar tempatan tahun lalu telah memaklumkan bawah seorang individu terkejut selepas mengetahui beliau memiliki WTD berjumlah RM12,000 selepas membuat semakan.

PANDUAN CARA SEMAK WTD MELALUI EGUMIS 2023

Kepada anda yang ingin membuat semakan wang tidak dituntut (WTD) ini, semakan boleh dilakukan secara atas talian (online). Panduan lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi EGUMIS 2023 – DI SINI

INFO LANJUT

Selain daripada kemudahan egumis 2023 ini, terdapat pelbagai inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Program-program ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button