ePengeluaranKWSP

E-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Tahun 2023

E-Pengeluaran KWSP dibenarkan pada tahun 2023 untuk ahli / pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang untuk tujuan tertentu yang mengikuti syarat yang ditetapkan. Untuk makluman, baru-baru ini isu pengeluaran khas KWSP bersasar hangat diperkatakan.

Walaupun pengeluaran khas tidak diluluskan, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada melalui e-Pengeluaran KWSP.

E-PENGELUARAN KWSP

Kemudahan pengeluaran khas ini dibenarkan kepada pencarum untuk tujuan peribadi selagi menepati syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran dibenarkan untuk tujuan seperti membina rumah, mengubahsuai rumah, pendidikan, perubatan dan banyak lagi.

Perkara ini bagi membantu meringankan beban ahli KWSP dan memudahkan untuk persediaan menghadapi hari persaraan yang lebih selesa nanti.

SYARAT KELAYAKAN 

Kriteria dan syarat kelayakan untuk permohonan e-pengeluaran KWSP yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Merupakan warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  • Permintaan pengeluaran tidak boleh melebihi jumlah pengeluaran maksimum
  • Mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan syarat pengeluaran semasa
  • Pembayaran wang secara kredit terus ke dalam akaun bank simpanan / semasa ahli

CARA PERMOHONAN 

Untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran melalui e-pengeluaran KWSP, anda boleh membuat secara online. Panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi KWSP – DI SINI

JENIS PENGELUARAN

Kepada mereka yang tidak tahu, anda boleh membuat pengeluaran daripada 2 simpanan akaun KWSP untuk jenis tujuan seperti berikut :

  • Pengeluaran untuk membeli atau membina rumah sendiri
  • Pengeluaran untuk rawatan perubatan
  • Menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Pengeluaran untuk pendidikan ahli atau anak
  • Pengeluaran untuk membayar pinjaman PTPTN

PENGELUARAN PENUH KWSP

Bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran penuh KWSP, anda boleh membuat pengeluaran tersebut jika menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Ahli mencapai umur 55 tahun
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara
  • Mencapai umur 60 tahun
  • Merupakan pekerja berpencen dan pesara pilihan
  • Berlaku musibah (kematian)

INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan insiatif khususnya berbentuk bantuan tunai untuk rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button