KWSPPengeluaran sebahagian

Jenis Pengeluaran KWSP Sebahagian Yang Boleh Dilakukan

Jenis Pengeluaran KWSP Sebahagian yang dibenarkan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua sepanjang tahun ini. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran khusus untuk pencarum.

JENIS PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Bagi pengetahuan umum, sebenarnya setiap ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang simpanan mereka melalui akaun 1 dan akaun 2 selagi menepati syarat. Kemudahan skim ePengeluaran ini boleh dilakukan pada bila-bila masa atas tujuan peribadi tertentu.

Pengeluaran secara sepenuhnya dan sebahagian boleh dilakukan secara online melalui i-akaun KWSP. Dibawah dikongsikan jenis-jenis pengeluaran KWSP sebahagian yang dibenarkan kepada para pencarum.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP (PERUMAHAN)

Kepada ahli yang masih belum memiliki rumah, anda disediakan skim pengeluaran khas untuk perumahan. Simpanan akaun 2 dibenarkan dikeluarkan untuk tujuan membina rumah, membeli rumah, menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan sebagainya yang berkaitan.

JENIS KWSP SEBAHAGIAN (UMUR 50 TAHUN)

Setelah mencapai usia 50 tahun, setiap ahli KWSP boleh memilih untuk menguruskan wang mereka sendiri. Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang mereka sebagai persediaan hari persaraan.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN (PENDIDIKAN & RAWATAN)

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun 2 untuk membiayai pendidikan diri sendiri atau ahli keluarga (Pasangan atau tanggungan anak). Kemudahan ini disediakan adalah bagi membantu ahli ahli keluarga yang sedang menuntut ilmu.

Pada waktu kini, kos rawatan perubatan amatlah tinggi dan boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah rakyat. KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran sebahagian.

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA (PENGELUARAN SEBAHAGIAN)

Sekiranya ahli mempunyai simpanan melebihi 1 juta dalam akaun, pengeluaran sebahagian dibenarkan dan memberi peluang ahli untuk menguruskan wang mereka.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KWSP

Diatas adalah sebahagian jenis pengeluaran yang diluluskan, terdapat lebih banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan. Panduan daftar permohonan telah disediakan, untuk semak jenis pengeluaran lain dan cara daftar permohonan, sila ke laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button