BANTUANBINGKASeWallet

Panduan Mohon Bantuan BINGKAS Sebanyak RM300 Setiap Bulan

Panduan mohon bantuan BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan pada tahun ini telah disedikan untuk rakyat yang berkelayakan memerlukan. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini masih relevan dan secara rasmi telah diteruskan pada tahun 2023.

BANTUAN E-WALLET BINGKAS 2023

Pihak kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan khas ini pada tahun 2023 bagi membatu rakyat yang memerlukan. Program bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS ini melibatkan pemberian insentif e-wallet sebanyak RM300 kepada isi rumah (keluarga) yang layak setiap bulan.

Pada tahun ini, program BINGKAS telah dilaksanakan dengan kadar peruntukan sebanyak RM108 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 keluarga yang berkelayakan. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Besar negeri Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang pembentangan belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2023.

KADAR BANTUAN

Menerusi program bantuan BINGKAS ini, penerima yang layak akan dapat bantuan ewallet sebanyak RM300. Kadar bayaran akan diberikan secara bulanan, bagi penerima bantuan ini boleh menggunakan bantuan ewallet ini setiap bulan dengan cara membeli barangan keperluan dapur di pasaraya atau kedai yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BINGKAS seperti di bawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah bulanan semasa RM3,000 dan kebawah
  • Isi rumah yang mempunyai tangunggan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Kelahiran negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh kelayakan (10 tahun)
  • Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.

Nota : Insetif khas e-wallet BINGKAS ini boleh digunakan bagi membeli barang keperluan harian di pasaraya berdaftar tanpa gunakan wang tunai (cashless). Penerima bantuan akan terima kad bantuan, dan jumlah sebanyak RM300 akan ditambah secara automatik setiap bulan.

PANDUAN MOHON BANTUAN BINGKAS 2023

Kepada yang menepati syarat dan berminat mencuba nasib untuk keperluan bantuan ini, permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi BINGKAS – KLIK DISINI

Bagi anda yang ingin membuat pendaftaran permohonan, anda perlu sediakan dokumen penting seperti berikut :

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan sijil penceraian / kematian / laporan polis bagi kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan kad pengenalan, Mykid atau surat lahir anak yang ditanggung
  • Salinan slip gai bagi penjawat awam
  • Salinan penyata KWSP atau EA bagi pekerja sektor swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi pemohon yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

Pendaftaran permohonan BINGKAS ini mudah sahaja, segala arahan telah ditetapkan. Pemohon hanya perlu ikuti arahan sehingga selesai. Setiap permohonan akan disemak dan bagi pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

INFO LANJUT

Pada tahun ini selain daripada bantuan BINGKAS negeri Selangor ini, terdapat inisiatif lain yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama dari segi kewangan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button