BANTUANLesenLesen Memandu

Program Bantuan Lesen RM150 : Khusus Untuk Golongan B40

Program Bantuan Lesen RM150 seorang kini dibuka khusus untuk golongan B40 pada tahun ini bagi memiliki lesen memandu. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU RM150

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk melaksanaan sebuah program bantuan lesen memandu pada kadar RM150 seorang. Apa yang menarik adalah permohonan dibuka kepada golongan belia yang berada dalam kategori keluarga B40.

Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat sumbangan kerajaan pada kadar RM150 ini. Perlaksanaan program khas ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan bagi menggalakkan lagi belia terlibat dalam profesi pekerjaan ekonomi GIG seperti penghantaran perkhidmatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan telah memaklumkan bahawa baucar berjumlah RM150 ini diberikan kepada mereka yang berada dalam kelompok B40. Peruntukan program bantuan khas ini membabitkan sekitar RM540,000.

Menurut laporan, masih tidak ramai yang kemukakan permohonan sejak dari perlaksanaan pada awal tahun ini. Kepada mereka yang memerlukan dan layak disarankan untuk kemukakan permohonan agar dapat menggunakan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LESEN RM150

Antara syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan
  • Permohonan dibuka kepada mereka yang berumur 16 tahun sehingga 35 tahun
  • Tidak mempunyai lesen memandu
  • Merupakan pengundi berdaftar di negeri Sembilan.

PANDUAN MOHON PROGRAM BANTUAN LESEN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan selagi kuota masih dibuka. Permohonan boleh dilakukan melalui pusat khidmat dewan undangan negeri (DUN) negeri sembilan, untuk panduan sila layari laman rasmi kerajaan – Negeri Sembilan

Bukan itu sahaja, sumbangan bantuan berjumlah RM500 juga disediakan kepada belia yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama. Insentif ini ditawarkan khusus kepada anak negeri Sembilan bagi mereka dapat manfaat yang disediakan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan dan negeri lain juga telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button