BANTUANBAPKerajaan

BAP : Bantuan Tunai RM150 Telah Dibayar Bermula Hari Ini

BAP : Bantuan Tunai RM150 telah mula dibayar berperingkat hari ini secara one-off berperingkat mengikut kawasan seluruh negara. Pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif dibawah peruntukan Belajawan 2024.

BAP : BANTUAN TUNAI RM150 (ONE-OFF)

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pemberian sumbangan bantuan awal persekolahan akan disalurkan pada suku pertama tahun 2024. Perlaksanaan program khas ini melibtkan peruntukan sebanyak RM700 juta yang memberi manfaat kepada sekitar 5 juta pelajar.

Bantuan istimewa secara sekali bayar ini diadakan bagi membantu meringan beban perbelanjaan pada awal persekolahan yang ditanggung ibu bapa. Untuk makluman, agihan insentif bernilai RM150 ini melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BAP RM150

Dibawah adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan tunai BAP RM150 one-off seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Murid/ pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi tahun 2024/ 2025

Mereka yang layak terima insentif ini bersekolah di :

  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah agama rakyat/ negeri
  • Sekolah bimbingan jalinan kasih
  • Sekolah integriti dan sekolah henry gurney
  • Maktab rendah sains MARA
  • Maktab tentera diraja
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan kerajaan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI BAP 2024

Bagi pengetahuan umum, pembayaran disalurkan secara berperingkat mengikut kawasan negeri dalam negara Malaysia. Bermula 11 Januari, pengagihan disalurkan kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 4 sesi 2023/ 2024.

Manakala bermula 10 Mac disalurkan kepada pelajar tahun 1 bagi sesi persekolahan 2024/ 2025. Dengan adanya pemberian insentif tambahan RM150 ini dapat sedikit sebanyak meringankan kos perbelanjaan bagi persiapan persekolahan anak-anak.

SEMAKAN BUTIRAN LENGKAP BANTUAN BAP

Kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan khas BAP ini tiada sebarang permohonan perlu dikemukakan. Insentif RM150 pihak sekolah perlu memberi kepada para pelajar pada amaun yang ditetapkan tanpa perlu menolak untuk bayaran seperti yuran.

Untuk semakan butiran lengkap berkenaan program bantuan awal persekolahan, sila layari laman portal rasmi – BAP 2024 . Kepada mereka yang masih belum terima bayaran, pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak sekolah masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button