Awal PesekolahanBANTUANBAP

BAP : Pemberian Bantuan Tunai RM150 Mula Diagihkan 10 Mac

BAP : Pemberian Bantuan Tunai berjumlah RM150 secara sekali bayar (one-off) akan mula diagihkan pada 10 Mac 2024 di seluruh negara. Untuk makluman, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI BAP RM150

Pihak kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa sambungan bayaran bantuan awal persekolahan (BAP) bagi murid tahun 1 akan disalurkan bermula 10 Mac ini secara berperingkat mengikut kawasan.

Kementerian Pendidikan memberitahu sekitar RM788 juta diperuntukan bagi program pemberian bantuan tunai BAP semasa sidang Belanjawan. Menerusi bantuan istimewa ini seramai 5.25 juta pelajar akan menerima manfaat dari insentif ini.

Tujuan utama perlaksanaan program pemberian bantuan BAP ini adalah bagi membantu meringankan beban pelajar dan ibubapa bagi persediaan awal persekolahan. Sebelum ini pada 11 Januari bayaran BAP telah disalurkan kepada murid sesi tahun 2023/ 2024.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BAP 2024

Seperti sedia maklum, program bantuan khas ini tidak memerlukan sebarang permohonan, iyanya diberikan secara automatik tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Antara kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf denganya
  • Pelajar/ murid bagi sesi tahun 2023/ 2024

Penerima bersekolah di :

  • Sekolah kerajaan (SK)
  • Sekolah agama
  • Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
  • Sekolah bimbingan jalinan kasih
  • Sekolah intergriti
  • Sekolah Henry gurney
  • Sekolah rendah sains MARA
  • Maktab tentera diraja
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan bahagian pendidikan swasta.

KADAR & TARIKH BAYARAN BANTUAN BAP

Kadar pembayaran bantuan khas ini diberikan dengan jumlah RM150 seorang (sekali bayar) secara tunai atau kredit ke akaun murid. Penyaluran bermula 11 Januari bagi murid sesi 2023/ 2024 dan 10 Mac bagi murid tahun 1.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BAP RM150

Bagi pengetahuan umum, pemberian BAP disalurkan kepada pihak sekolah di seluruh negara dan kemudiannya diberikan kepada para pelajar. Amaun RM150 perlu disalurkan kepada pelajar tanpa perlu membuat pemotongan yuran.

Kepada mereka yang belum menerima insentif khas ini boleh rujuk pada pihak sekolah masing-masing. Program bantuan awal persekolahan ini telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan menerusi pelbagai agensi telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button