Am PersekutuanBANTUANJKM

Rasmi : Bantuan Am RM350 Dikreditkan Secara Setiap Bulan

Rasmi : Bantuan Am RM350 dikreditkan setiap bulan kepada pemohon yang layak secara individu/ keluarga pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah dibawah Belanjawan 2024.

RASMI : BANTUAN AM RM350 SEBULAN

Kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan. Program skim bantuan khas ini diberikan secara tunai (bulanan) kepada mereka yang berada dalam golongan kurang berkemampuan.

Atas keprihatinan kerajaan, perlaksanaan program bantuan ini masih diteruskan bagi sesi tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Dengan adanya pemberian bantuan am persekutuan dapat membantu meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk makluman, kadar bantuan am telah ditetapkan oleh pihak JKM minimum seredah RM100 sebulan bagi seorang. Manakala maksimum yang boleh didapatkan adalah RM350 sebulan bagi sebuah keluarga.

KELAYAKAN BANTUAN AM RM350

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi program bantuan khas RM350 ini seperti dibawah :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di wilayah persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kumpulan/ golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi dibawah mana-mana skim bantuan pihak JKM yang lain.

PANDUAN CARA MEMOHON BANTUAN AM 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eBANTUAN JKM 2024

Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan. Untuk butiran lebih terperinci atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button