BANTUANBLP

BLP 2023 : Bantuan RM200 Untuk Warga Malaysia

BLP 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif dari kerajaan yang dikenali sebagai Bantuan Latihan Perantis untuk warga Malaysia tahun ini. Di halaman ini telah dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan BLP 2023.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS 2023

Untuk makluman, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah merupakan agensi dibawah kerajaan yang diwujudkan bagi membantu rakyat yang memerlukan sepanjang tahun.

Terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan pihak JKM pada tahun ini. Salah satunya adalah bantuan latihan perantis (BLP). Objektif utama bantuan BLM dilaksanakan adalah bagi membantu klien dan anak-anak bantuan yang tercicir dari persekolahan.

Bantuan ini juga untuk individu yang sedang menganggur, bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja pada tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BLP 2023

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan BLP 2023 seperti dibawah :

  • Terbuka kepada warganegera Malaysia dan menetap di dalam negara
  • Merupakan anak-anak penerima bantuan JKM atau bekas penghuni institusi kebajikan atau bekas pelatih
  • Kes-kes yang berkeperluan layak.

Nota : Kelulusan insentif berdasarkan tempoh latihan dan maksimum adalah selama 24 bulan bersamaan 2 tahun.

PANDUAN PERMOHONAN BLP 2023

Kepada yang memenuhi kelayakan, permohonan boleh dibuat secara terus di Pejabat kebajikan masyarakat daerah / jajahan atau bahagian di seluruh negara.

Untuk setiap permohonan yang telah didaftarkan akan menjalani semakan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan pemohon benar-benar layak menerima bantuan. Kadar bantuan diberikan sebanyak RM200 sebulan bagi yang layak.

BORANG PERMOHONAN BOLEH DIMUAT TURUN

  • Borang permohonan bantuan JKM 18 – DI SINI
  • Borang kaji semula bantuan JKM 20 – DI SINI

Borang permohonan disediakan secara percuma dan boleh dimuat turun.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dari pihak pentadbiran, pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salianan kad pengenalan terbaru pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji sekiranya ada
  • Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk informasi lanjut berkenaan bantuan kerajaan yang disediakan pada tahun ini, anda boleh semak senarai inisiatif yang disediakan dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button