BANTUANBKM

Jadual Bayaran Kategori Isi Rumah BKM Fasa 3 Bulan Ini

Ruang kali ini adalah maklumat ringkas berkenaan pembayaran BKM Fasa 3 bagi kategori Isi rumah yang perlu anda ketahui untuk bayaran tidak lama lagi.

Bagi Bantuan Keluarga Malaysia kategori Isi Rumah, ramai yang tertanya berapa jumlah bayaran yang akan diberikan kepada kategori ini dan jadual pembayaran. Di bawah telah disediakan cara semakan status bayaran penerima.

JADUAL BAYARAN BKM FASA 3 KATEGORI ISI RUMAH

Untuk makluman, pembayaran bkm fasa ketiga kategori isi rumah akan diberikan bermula bulan September 2022. Namun tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan pihak kerajaan. Mengikut bayaran terdahulu di Fasa 1 dan fasa 2, boleh dijangkakan bayaran kali ini akan mula disalurkan pada penghujung bulan september iaitu 26 September 2022 bersamaan hari isnin secara berperingkat.

Segala maklumat berkenaan BKM akan pihak kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

KADAR BAYARAN ISI RUMAH FASA 3

Bagi pengetahuan umum, jumlah bayaran yang akan diberikan kepada kategori isi rumah adalah sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan dan tanggungan anak. Untuk sedia maklum, bayaran fasa 3 ini akan melibatkan semua kategori iaitu isi rumah, bujang serta warga emas.

Seperti Fasa 2, pihak kerajaan telah menambah pembayaran bantuan tunai. Dijangkakan Fasa 3 nanti akan ada bayaran tambahan untuk semua kategori, sama-sama kita tunggu pengumuman terkini pihak kerajaan nanti.

SEMAKAN STATUS BAYARAN

  1. Sila layari Laman Rasmi BKM – DI SINI
  2. Log masuk akaun anda (MyBKM)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan butang semak
  5. Sila buat pengesahan kata laluan yang telah didaftarkan

Penerima BKM yang telah membuat semakan akan dipaparkan pada skrin anda berkenaan maklumat berikut:

  • Fasa pembayaran
  • Nama penerima BKM
  • Nombor pengenalan akaun dikreditkan
  • Status kredit Jumlah kredit
  • Nombor akaun bank
  • Nama bank penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai pakej program dan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda menerimanya, semakan boleh dibuat melalui laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button