BANTUANFASA 3rayuan strSTR

Permohonan Rayuan STR Kini Dibuka Untuk Kategori Tidak Lulus

Permohonan rayuan STR kini telah dibuka bermula 3 Julai sehingga tarikh tutup pada 31 Julai 2023. Untuk sedia maklum, rayuan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah bagi kategori ‘Tidak Lulus’ pada fasa ketiga.

BAYARAN STR FASA KETIGA

Baru-baru ini pemberian bantuan tunai STR fasa 3 telah diberikan secara berperingkat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN.

Terdapat 2 jenis penerima bayaran STR kali ini iaitu penerima sedia ada dan permohonan baru. Kaedah yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima.

Bagi penerima sedia ada STR, kadar bayaran yang diberikan adalah bermula dari RM150 sehingga RM800. Jumlah telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan.

Manakala bagi permohonan baru yang dilakukan pada bulan Mac lalu yang berstatus Lulus. Kadar bayaran yang mereka akan terima adalah dari RM150 sehingga RM1,300, jumlah mengikut kategori.

PERMOHANAN RAYUAN STR DIBUKA

Baru-baru ini ramai yang merupakan penerima sedia ada bagi STR fasa 1 dan fasa 2 terkejut mendapati fasa ketiga (3) mereka berstatus ‘Tidak Lulus’.

Kepada mereka yang berstatus tidak lulus, alasan tidak lulus telah diberitahu melalui paparan semakan anda. Antara kod alasan yang dipaparkan adalah seperti berikut :

  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi kategori bujang
  • Semakan rekod agensi mendapati bahawa pendapatan pemohon atau pasangan telah melebihi RM5,000 sebulan
  • Semakan rekod agensi mendapati bahawa pendapatan pemohon melebihi RM2,500 sebulan
  • Pemohon berdaftar sebagai pemegang saham
  • Semakan rekod mendapati pemilikan kenderaan pemohon atau pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan pendapatan B40
  • Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
  • Status perkahwinan perlu pengesahan sah

SEMAKAN STATUS BAYARAN & PERMOHONAN RAYUAN STR

Bermula 26 Jun 2023, semakan status bayaran boleh dilakukan secara atas talian. Kepada mereka yang telah menyemak dan mendapati status ‘Tidak Lulus’, permohonan rayuan STR boleh dilakukan bermula 3 Julai.

Untuk semakan status bayaran atau permohonan rayuan STR, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada pertengahan tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button