
Untuk makluman umum, terdapat satu skim bantuan yang anda boleh mohon yang telah diperkenalkan iaitu Skim Air Darul Ehsan atau lebih dikenali sebagai SADE. Skim Bantuan ini diperkenalkan kenara bekalan air juga adalah salah satu keperluan asas kehidupan dan paling utama kepada setiap manusia selain dari bekalan elektrik.
Pengenalan
Skim Air Darul Ehsan (SADE) pada asasnya ialah merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan bantuan 20 meter padu bekalan air percuma kepada mereka yang layak menerima. Ia juga adalah salah satu cara pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban rakyat.
Syarat Kelayakan
Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah di tetapkan :
- Individu / Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
- Pemohon menetap di dalam Negeri Selangor
- Pendapatab Isi Rumah bulanan RM 4,000 dan ke bawah – Suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan Warganegara , tiada pasangan atau bujang
- Pemohon premis kediaman meter individu
- Kepada pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja
Bagi penghuni pangsapuri kos rendah, mereka akan menerima bekalan air melalui akaun meter pukal. Ia bermaksud akan menerima secara terus 20 m3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024 , mengikut kaedah yang sedia ada yang melibatkan pihak JMB / MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
Panduan Permohonan
Jika anda sudah semak syarat kelayakan dan menepati syaray yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan SADE secara Online (Atas talian) melalui sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI
Untuk pengetahun anda, permohonan juga boleh dibaut secara manual dengan mengisi borang permohonan SADE – BORANG PERMOHONAN
Sila lengkapkan borang permohonan dan hantar di mana-mana cawangan Kaunter Perkhidmatan di Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Atau anda boleh menghantar melalui e-mel di ip****@ai*********.com
Maklumat Lanjut
Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan khusunya berbentuk kewangan bagi membantu meringankan pembelanjaan rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang atau ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI