BANTUANLesen MemanduMyLesen

Program MyLesen : Bantuan Lesen Memandu untuk Kumpulan B40

Program MyLesen B2 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan berbentuk lesen memandu yang ditawarkan oleh kerajaan. Untuk makluman, inisiatif khas ini disediakan bagi membantu kumpulan B40 yang masih belum memiliki lesen memandu.

PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2023

Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini. Salah satu bantuan yang telah dilancarkan adalah program Mylesen B2 iaitu bantuan lesen memandu percuma.

Program khas ini adalah sebuah inisiatif kerajaan perpaduan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah dilaksanakan pada pertengahan tahun 2023. Tujuan utama program ini dilancarkan adalah  bagi memperkasa kumpulan B40 terutama golongan belia bagi mendapatkan lesen memandu.

Untuk makluman, menerusi program ini lesen yang ditawarkan adalah lesen memandu Malaysia kelas B2 (Motorsikal tidak melebihi 250 c.c). Kepada mereka yang menyertai program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuk kos ujian serta latihan bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN MYLESEN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program Mylesen tahun 2023 seperti di bawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Masih belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
  • Penerima bantuan dari (Zakat/ ekasih/ baitulmal/ JKM/ JAKOA/ LHDNM)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak menyertai program ini

KAEDAH PENDAFTARAN PROGRAM MYLESEN

Untuk makluman, Program ini telah mula dilaksanakan bermula 30 Mei 2023. Bagi mengetahui lebih terperinci anda boleh layari secara online laman rasmi Program Mylesen B2 – DI SINI

Program bantuan khas ini tidak perlu sebarang permohonan kerana peserta yang berkelayakan dan memerlukan akan dihubungi melalui surat dan emel. Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh rujuk di laman rasmi program tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Selain mylesen terdapat lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button